Wednesday 23 January 2019

PROGRAM KECEMERLANGAN KOKURIKULUM SK DATONG





Pada 15 November 2018 yang lalu, Unit Kokurikulum telah  mengadakan program Kecemerlangan Kokurikulum yang telah melibatkan para pelajar Tahun 4, 5 dan 6. Program Kecemerlangan pada tahun ini memfokuskan kepada pelaksanaan beberapa aktiviti seperti langkah-langakah menyediakan Sandwich Sardin, Asas Pertolongan Cemas, Kemahiran Ikatan dan Simpulan serta Asas Mendirikan Kemah. Program ini bertujuan untuk melahirkan insan yang serba boleh selain disamping melahirkan murid yang kaya dengan nilai-nilai moral seperti berdisiplin, kerjasama dan juga bertanggungjawab.

Berikut merupakan sorotan pelaksanaan program:

Nama Program: PROGRAM KECEMERLANGAN KOKURIKULUM
Tarikh: 15 NOVEMBER 2018
Tempat: SK DATONG
Masa: 8.00 PAGI - 04.30 PETANG
Sasaran: MURID TAHUN 4, 5 & 6



PROSES PENDAFTARAN PESERTA DAN TAKLIMAT PROGRAM

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran pada jam 8.00 pagi. Murid telah mendaftarkan nama serta menyerahkan borang kebenaran ibubapa/penjaga kepada Cikgu Adela yang bertugas sebagai urusetia pendaftaran. Program diteruskan dengan sesi taklimat yang telah disampaikan oleh Cikgu Junainah, PK KOKUM Sk Datong.

Cikgu Adela bertugas sebagai urusetia pendaftaran

Taklimat program disampaikan oleh Cikgu Junainah Gaine, PK KOKUM Sk Datong






Sebaik sahaja taklimat selesai, para peserta dikumpulkan mengikut unit beruniform masing-masing dan bergerak ke lokasi aktiviti yang ditetapkan. Setiap stesen dikendalikan oleh para guru Sk Datong.


MENYEDIAKAN SANDWICH SARDIN

Aktiviti pertama yang telah dilaksanakan ialah menyediakan sandwich sardin. Para peserta diberi taklimat tentang bahan-bahan dan langkah-langkah penyediaan sandwich sardin oleh guru yang bertugas. Selanjutnya para murid dibimbing langkah demi langkah  proses menyediakan sandwich sardin.

Aspek kebersihan  dan keselamatan antara yang  paling diutamakan dalam penyediaan sandwich sardin





Peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan







Tunjuk cara membuka sardin apabila alat khas tiba-tiba ghaib. Mujurlah bukan ustazah yang ghaib. Hati-hati Ustazah














Bawang-bawangan







Pelajar mengambil peluang untuk merasai pengalaman dalam langkah-langkah menyediakan sandwich sardin










Fezrol comel memastikan bawang yang digorengnya masak dengan sempurna









Proses memasak sardin secara berjemaah 



Sedikit perkongsian dan tips sedang diberikan oleh Cikgu Floriza untuk menghasilkan sandwich yang luar biasa.


Nampak menyelerakan, bukan.




 




Penyediaan sandwich sardin luar biasa langkah demi langkah oleh Cikgu Floriza








Murid menyediakan sandwich sardin secara layan diri.





Nyummmmm... dap nya







Kenyang perut senang hati.




KEMAHIRAN IKATAN DAN SIMPULAN

Aktiviti yang selanjutnya ialah Kemahiran Ikatan dan Simpulan. Dalam aktiviti ini, setiap peserta dibekalkan seutas tali bagi memudahkan mereka untuk menguasai dan memahami ikatan dan simpulan yang diperkenalkan. Terdapat lima ikatan dan simpulan yang telah diperkenalkan dalam aktiviti ini iaitu ikatan biasa, ikatan buka sila, ikatan tindih kasih, simpul manuk dan juga lilit balak.

Taklimat asas ikatan dan simpulan oleh Cikgu Ackley





Cikgu Nurbin, PK Kokurikulum sedang memberi tunjuk ajar kepada para peserta











ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Aktiviti selanjutnya ialah asas pertolongan cemas.  Aktiviti ini memberi pendedahan kepada para peserta bagaimana untuk membalut kecederaan dengan betul mengikut bahagian-bahagian badan yang cedera. Kemahiran seperti ini berguna untuk memberi bantuan awal kepada mangsa kemalangan sementara menunggu rawatan yang lebih lanjut diberikan kepada mangsa.



Nee nooo neeee nooo....



ASAS MENDIRIKAN KEMAH


Asas mendirikan kemah telah dilaksanakan bertempat di padang sekolah. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan dibekalkan satu unit kem pasang siap untuk kegunaan semasa amali dijalankan. Para peserta terlebih dahulu diberikan taklimat serta panduan mendirikan, serta mengemas kemah. Selain itu langkah-langkah pemilihan tapak perkemahan juga antara yang disentuh dalam aktiviti ini.


Cikgu Nazrin sedang menunjukkan demonstrasi cara-cara mengendalikan peralatan perkemahan












Melonjak gembira kerana berjaya mendirikan kemah dengan pantas











Program Kecemerlangan Kokurikulum Sk Datong 2018 telah selesai pada jam 4.00 petang. Terima kasih atas kerjasama semua dalam menjayakan program ini. Semoga program ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada para peserta Sk Datong ke arah menjadi insan yang berguna kepada masyrakat dan negara.


KREDIT GAMBAR

Cikgu Ackley
Cikgu Adela
Cikgu Floriza