Wednesday 14 November 2018

KEJOHANAN OLAHRAGA MSS ZON 4, TAHUN 2018


Kira-kira 3 minggu selepas penganjuran Kejohanan Sukan Tahunan Sk Datong 2018 yang telah berlangsung pada 17 & 18 Oktober 2018, Sk Datong bersiap sedia membentuk dan menghantar kontinjennya bagi menyertai  Kejohanan Olahraga Tahunan MSSS Zon 4 Tahun 2018 yang berlangsung pada 07 & 08 November 2018, bertempat di Padang SAFODA Kg Bongkol. Dengan jadual dan program yang padat, atlet-atlet Sk Datong berkesempatan menjalankan sesi latihan selama satu minggu sebagai persiapan bagi menyertai kejohanan ini.  Berbekalkan semangat dan juga harapan tinggi, atlet-atlet Sk Datong berhasrat  untuk menjadi salah satu pasukan yang mampu memberi saingan hebat dalam kejohanan ini. Bakal berhadapan dengan pasukan-pasukan sekolah dalam Zon 4 yang terdiri daripada Sk Datong, Sk Mangkapon, Sk Bongkol, Sk Mapan-Mapan dan Sk Maringgan, atlet Sk Datong bertekad untuk memberikan aksi terbaik bagi memastikan pasukan ini tidak kembali pulang dengan tangan kosong. 

Kejohanan Olahraga Tahunan MSSS Zon 4 pada tahun ini telah dihoskan oleh Sk Bongkol. Selaku tuan rumah kejohanan, Sk Bongkol dilihat telah melakukan persiapan yang baik bagi memastikan kejohanan dapat dijalankan dengan lancar.

Berikut merupakan sebahagian daripada aksi-aksi yang sempat didokumentasikan sepanjang kejohanan berlangsung.



HARI PERTAMA KEJOHANAN (07 November 2018 - Rabu)

Pada hari pertama kejohanan, para atlet Sk Datong telah berkumpul di tapak perhimpunan sekolah bagi sesi taklimat dan juga pengagihan tag nama.






Laluan perjalanan yang cukup mencabar ke Kg Bongkol memakan masa lebih kurang 30 minit.  Setibanya di padang SAFODA Kg Bongkol, para atlet telah menjalankan sesi pemanasan badan dan regangan sebagai persiapan fizikal untuk mengikuti acara sepanjang hari tersebut. Selain itu, para atlet juga telah melibatkan diri dalam aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh pihak tuan rumah.










Sejurus selesai aktiviti senamrobik, pemburuan pingat dimulakan melalui acara awal iaitu lontar peluru lelaki akhir dan lompat jauh lelaki akhir. Berikut merupakan antara acara lain yang telah dijalankan pada hari pertama kejohanan:


  • Lontar Peluru P Akhir
  • Lompat Jauh P Akhir
  • Lompat Tinggi L&P Akhir
  • 200 Meter L&P Akhir
  • 80 Meter Berhalangan L&P Akhir
  • 100 Meter L&P Akhir


Sebahagian guru-guru Sk Datong yang bertugas sebagai pegawai kejohanan mengambil gambar kenangan sebelum memulakan tugas dalam kejohanan ini


Para atlet Sk Datong yang akan memulakan saingan dalam acara awal pagi hari pertama kejohanan

LONTAR PELURU L&P AKHIR
Berikut merupakan sebahagian aksi yang dapat dilihat di arena lontar peluru.






Guru Besar SK Bongkol meyampaikan pingat kepada para pemenang bagi acara lontar peluru lelaki akhir.
Emas: Afiq Zulkifli (rekod baharu)
Perak: Mohd Syamil
Emas: Sk Bongkol



LOMPAT JAUH L&P AKHIR
Berikut merupakan sebahagian aksi yang dapat dilihat di arena lontar peluru.











Penyampaian hadiah bagi acara lompat jauh lelaki akhir disempurnakan oleh En. Abd Khar @ Ramlie Akal, Guru Besar Sk Bongkol

Emas: 
Sk Mapan-Mapan
Perak: Sk Mangkapon
Gangsa: Sk Datong



100 METER
Berikut merupakan sebahagian aksi yang dapat dilihat di arena 100 Meter









80 METER BERHALANGAN
Berikut merupakan sebahagian aksi yang dapat dilihat di arena 80 Meter Berhalangan










LOMPAT TINGGI
Berikut merupakan sebahagian aksi yang dapat dilihat di arena lompat tinggi.









Pemburuan pingat kejohanan hari pertama selesai pada kira-kira jam 12.30 tengahari. Acara olahraga seterusnya akan bersambung pada keesokan harinya iaitu pada 08 November 2018. Bagi pasukan Sk Datong, pencapaian pada hari pertama merupakan satu pencapaian yang agak memberangsangkan di mana pasukan ini membawa balik dua pingat emas, empat pingat perak dan dua pingat gangsa. Apa yang lebih membanggakan, atlet lontar peluru Sk Datong iaitu adik Afiq Zulkifli berjaya mencatat rekod terbaru dalam acara lontar peluru kategori lelaki. 

Berikut merupakan senarai atlet yang berjaya memungut pingat bagi pasukan Sk Datong setakat hari pertama;

Pingat Emas:
1. Afiq Zukfili (Lontar Peluru L)
2. Remma Rijin (100 Meter P)

Pingat Perak:
1. Remma Rijin (80M berhalangan)
2. Syukri Zulkifli (200 M L)
3. Mohd Syamil Mohd Zain (Lontar Peluru L)
4. Azzidan Mapulin (Lompat Tinggi L)

Pingat Gangsa:
1. Alexcious Peter Jay (Lompat Jauh L)
2. Nafiatul Fitri Itam (Lompat Tinggi P)



Tahniah diucapkan kepada para atlet yang berjaya dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua atlet yang telah mengambil bahagian.

Kejohanan Olahraga MSS ZON 4 pada tahun ini turut diserikan dengan acara Malam Bintang Idola Cilik yang telah diadakan pada sebelah malam. Acara ini mempersembahkan bakat menyanyi pelajar-pelajar di sekitar sekolah rendah Zon 4. Bagi Sk Datong, seramai dua orang peserta  telah dihantar untuk menyertai pertandingan ini iaitu adik Nafiatul Fitri Itam dan adik Irwansyah yang mana kedua-dua pelajar tersebut masing-masing mendapat tempat pertama dan kedua dalam pertandingan Bintang Kecil (The Voice) peringkat Sk Datong baru-baru ini.



MALAM BINTANG IDOLA CILIK
Berikut merupakan sebahagian aksi yang dapat dilihat di pentas Malam Bintang Idola Cilik.





Adik Nafiatul Fitri berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Malam Bintang Idola Cilik

Tahniah diucapkan kepada para pemenang, setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.



HARI KEDUA KEJOHANAN (08 November 2018 - Khamis)

Padang SAFODA Kg Bongkol  yang telah menyepi seketika kembali meriah dengan kehadiran para atlet yang meneruskan perjuangan dalam pemburuan pingat pada hari kedua. Bagi beberapa atlet termasuk atlet Sk Datong, cabaran pada hari kedua mula dirasai apabila hujan turun begitu lebat sepanjang perjalanan dari sekolah ke lokasi kejohanan. Para atlet terpaksa bermandi hujan sepanjang perjalanan menyebabkan pakaian yang mereka pakai menjadi basah kuyup. Meskipun demikian, itu  tidak menghalang para atlet untuk mempamerkan aksi yang terbaik dalam kejohanan hari kedua ini.






Kontinjen Sk Mangkapon mengharungi hujan yang lebat


Setibanya di lokasi, para atlet Sk Datong tanpa membuang masa terus melakukan aktiviti pemanasan badan serta regangan sambil diperhatikan oleh para jurulatih mereka.




Petugas Kejohanan Sk Datong sedang bersarapan sebelum meneruskan tugasan pada hari kedua kejohanan



Kejohanan pada hari kedua dimulakan dengan acara raptai perbarisan.






Kejohanan MSS Zon 4 Tahun 2018 telah dirasmikan oleh Tuan Muksin b Amin, Penyelia Sukan dan Kokurikulum PPD Pitas. Ketibaan beliau di padang SAFODA Kg Bongkol menandakan majlis perasmian kejohanan akan dimulakan.


MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN MSS ZON 4, TAHUN 2018

Majlis perasmian kejohanan MSS Zon 4 dimulakan dengan perbarisan lintas hormat oleh setiap kontinjen yang bertanding. Mendahului perarakan lintas hormat ialah pemegang bendera kejohanan, disusuli oleh kontinjen tuan rumah, Sk Bongkol dan diikuti oleh kontinjen Sk Mangkapon yang bakal menjadi tuan rumah kejohanan pada tahun berikutnya. Berarak di belakang kontinjen Sk Mangkapon ialah kontinjen Sk Datong, Sk Mapan-Mapan dan diakhiri oleh kontinjen dari Sk Maringgan.


Pembawa Bendera Kejohanan

Para VIP bersedia untuk menerima tabik hormat daripada setiap kontinjen



Kontinjen Sk Bongkol

Kontinjen Sk Mangkapon

Kontinjen Sk Datong

Kontinjen Sk Mapan-Mapan


Kontinjen Sk Maringgan


Penyelaras Perbarisan

Tuan Muksin b Amin telah diiringi oleh para guru besar dari setiap sekolah rendah Zon 4 untuk menerima tabik hormat daripada  kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian. Bagi mengadili perbarisan lintas hormat pada tahun ini, pasukan ESSCOM dari Kg Mapan-Mapan telah dijemput khas bagi menyempurnakan tugasan tersebut.


Pasukan ESSCOM dijemput khas bagi mengadili perbarisan para kontinjen


Acara lintas hormat perbarisan disusuli dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku seterusnya ucapan alu-aluan daripada Guru Besar Sk Bongkol, sebelum dirasmikan oleh Tn Muksin bin Amin.


Bacaan doa

Ucapan alu-aluan daripada  pihak tuan rumah, En. Abd Khar @ Ramlie Akal, Guru Besar Sk Bongkol

Ucapan Perasmian oleh Tn Muksin b Amin, Penyelia Sukan dan Kokurikulum PPD Pitas

Ucapan perasmian kejohanan diteruskan pula dengan upacara menaikkan bendera kejohanan, lafaz ikrar kejohanan, penyalaan obor kejohanan, persembahan dan seterusnya pemeriksaan kontinjen oleh tetamu-tetamu jemputan.


Upacara menaikkan bendera kejohanan






Lafaz Ikrar Kejohanan




Penyalaan Obor Kejohanan




Pemeriksaan Perbarisan oleh para Tetamu Jemputan





Dengan selesainya acara pemeriksaan perbarisan maka rasmilah Kejohanan Olahraga Tahunan MSS Zon 4, Tahun 2018. Kini, Padang SAFODA Kg Bongkol dihangatkan lagi dengan acara 4x200 Meter L&P Akhir serta 4x100 Meter L&P Akhir.

Acara ini dimulakan sejurus para atlet dan petugas kejohanan bersiap sedia di arena.  Permukaan padang yang berlumpur dan licin benar-benar memerlukan kekuatan fizikal dan mental para atlet yang bertanding.


4 x 100 METER L&P AKHIR
4 x 200 METER L&P AKHIR

Berikut merupakan sebahagian aksi yang dapat dilihat di arena 4x100 Meter dan 4x200 Meter.














MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH / PENUTUPAN KEJOHANAN

Kejohanan Olahraga MSS ZON 4 Tahun 2018 diteruskan lagi dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Majlis penyampaian hadiah disusuli dengan upacara menurunkan bendera kejohanan serta penyerahan bendera kejohanan kepada tuan rumah kejohanan Tahun 2019.






Penyampaian cenderahati oleh En. Abd Khar @ Ramlie Akal, Guru Besar Sk Bongkol kepada perasmi kejohanan, Tn Muksin b Amin, Penyelia Sukan dan Kokurikulum PPD Pitas

En Henry Masampai,Guru Besar Sk Datong, menerima kalungan penghargaan daripada En. Abd Khar @ Ramlie Akal



Sebahagian Anggota Pasukan ESSCOM menerima hadiah penghargaan daripada En. Abd Khar @ Ramlie Akal





 Upacara Penyerahan Bendera Kejohanan daripada Sk Bongkol kepada Sk Mangkapon



Penutupan Kejohanan MSS ZON 4, Tahun 2018 diserikan lagi dengan acara persembahan tarian yang telah dipersembahkan oleh murid-murid dari Sk Datong  dan juga Sk Bongkol.

Kumpulan Penari Momoland Sk Datong 



Tarian tradisi dipersembahkan oleh pelajar-pelajar Sk Bongkol

Dengan berakhirnya persembahan tarian tersebut, maka berakhirlah kemeriahan Kejohanan Olahraga Tahunan MSS Zon 4, Tahun 2018. Tahniah diucapkan kepada para pemenang, dan kepada yang lain, teruskan usaha. Tahniah buat Sk Mangkapon yang telah berjaya membuat kebangkitan yang begitu dahsyat sehingga berjaya menjuarai kejohanan pada tahun ini. Tahniah diucapkan kepada Sk Bongkol atas penganjuran kejohanan yang begitu baik. Tahniah atas semangat dan kerjasama yang diberikan oleh para guru dan sekolah-sekolah Zon 4. Semoga permuafakatan  dan jalinan kerjasama antara kita dapat dipelihara demi kemajuan bersama. Semoga atlet-atlet yang terpilih dapat beraksi dengan cemerlang dalam kejohanan olahraga peringkat yang seterusnya. Sama-sama kita doakan buat pasukan Zon 4. Sekian, bertemu kita di program-program yang berikutnya.




Pasukan Sk Mangkapon Juara Keseluruhan Kejohanan MSS Zon 4, Tahun 2018. Tahniah!!!

Pasukan Sk Datong tempat ketiga keseluruhan Kejohanan MSS Zon 4, Tahun 2018. Tahniah!!!


Tahniah dan terima kasih buat Sk Bongkol atas kesudian menjadi tuan rumah kejohanan


GAMBAR EKSTRA







(untuk melihat gambar selebihnya, sila klik di sini)

Kredit Gambar:
Cikgu Ackley
Cikgu Adela
CJ7 (Group Whatsapp MSS Zon 4, 2018)