Wednesday 17 October 2018

PERTANDINGAN BINTANG KECIL (The Voice) SK DATONG 2018


Bagi menghangatkan lagi penganjuran Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah yang akan berlangsung pada 17 dan 18 Oktober 2018, sekali lagi Pertandingan Bintang Kecil (The Voice) menjadi acara pembukaan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh warga sekolah ini. The Voice Sk Datong pada tahun ini dijalankan pada 16 Oktober 2018 dimana seramai 12 peserta yang terdiri daripada murid-murid Sk Datong telah mengambil bahagian dalam acara ini. Tampil dengan pilihan lagu masing-masing, setiap peserta mempamerkan aksi dan persembahan yang terbaik dalam misi memburu gelaran juara. Juara bagi pertandingan ini secara automatiknya  menjadi wakil sekolah ke pertandingan Bintang Kecil Peringkat Zon 4 yang akan dilaksanakan semasa penganjuran KOT MSS Zon 4 bertempat di Sk Bongkol, Pitas pada 07 & 08 November 2018. Syabas dan tahniah diucapkan kepada 12 orang murid yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Berikut merupakan para peserta yang telah menyampaikan persembahan mengikut giliran.

1. Nurul Azlya Nathsa


2. Janice Johnny


3. Alquratul Ainie



4. Mohd Zarith



5. Willenda Elenna


6. Nur Atikah Alyana


7. Nafiatul Fitri


8. Irwansyah


9. Fiona


10. Heavenny


11. Mohd Nizam


12. Alvina


Persembahan para peserta dalam pertandingan pada kali ini diadili oleh tiga orang juri terdiri daripada guru-guru Sk Datong yang akan menilai dan mengadili persembahan para peserta dari aspek suara, gaya dan pakaian.


Barisan Juri Pertandingan Bintang Kecil (The Voice) tetap dan berpencen
Dari kiri: Cikgu Ackley, Cikgu Adela, Cikgu Melissa



Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sk Datong iaitu Cikgu Junainah Gainne. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga berjaya di peringkat yang seterusnya.


Penyampaian hadiah  kepada para pemenang yang disempurnakan
oleh GPK KoKum, Cikgu Junainah Gaine

Dari kiri: Nafiatul Fitri (Johan), Irwansayah (Naib Johan), Fiona (Tempat Ketiga)



Setinggi tinggi penghargaan juga diucapkan kepada barisan urusetia dan para juri pertandingan yang telah menjalankan tugasan dengan baik sehingga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih juga diucapakan kepada ibu bapa yang sudi hadir memberi sokongan penganjuran program ini.



Cikgu Nazrin cemerlang menjalankan amanah yang diberi sebagai JK PA Sistem

Barisan Urusetia Penganjuran Pertandingan Bintang Kecil yang bertungkus lumus memastikan program dapat dilaksanakan dengan lancar.

Sebahagian ibu bapa yang hadir  untuk memberi sokongan bagi penganjuran program ini


Syabas dan tahniah buat semua. Berjumpa kita di program seterusnya, Kejohanan Olahraga Tahunan Sk Datong, 2018 yang akan dilaksanakan pada 17 & 18 Oktober 2018 bertempat di padang Sk Datong. Ayo ramai-ramai kita serbu.......


Kredit Gambar (No DSLR No Problem:

Cikgu Adela
Cikgu Melissa
Ustazah Haida
Cikgu Rosainie
Pn Hasnah
Cikgu Ackley

No comments:

Post a Comment