Monday, 15 October 2018

LAWATAN KLINIK PERGIGIAN HOSPITAL PITAS



Sk Datong mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Klinik Pergigian Hospital Pitas yang telah datang ke sekolah ini pada 12 Oktober 2018 untuk menjalankan program kesihatan gigi. Dalam lawatan pada kali ini, murid-murid sekolah ini telah diberikan ceramah penjagaan kesihatan gigi oleh para petugas kesihatan. Sejurus selepas itu, murid-murid dibekalkan berus gigi dan ubat gigi seorang satu seterusnya diberi demonstrasi oleh jururawat pergigian tentang kaedah memberus gigi yang betul. 

Jururawat pergigian sedang memberikan taklimat kesihatan gigi kepada murid-murid Tahun 2

Murid-murid menerima bekalan berus gigi dan ubat gigi seorang satu seterusnya diberikan demonstrasi oleh petugas kesihatan kaedah memberus gigi yang betul


Antara gelagat murid yang dapat dilihat semasa demonstari


Murid-murid Tahun 3 menunjukkan berus gigi dan ubat gigi yang mereka terima semasa program kesihatan gigi
Pihak Sk Datong sekali lagi merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan buat Klinik Pergigian Hospital Pitas atas program yang dilaksanakan ini. Semoga program ini sedikit sebanyak dapat membantu memupuk budaya penjagaan kesihatan gigi dalam kalangan murid-murid Sk Datong.


TEKNIK MEMBERUS GIGI YANG BETUL

Sumber:
http://pergigiannegerisembilan.blogspot.com/2013/09/berus-gigi-mahal-kalau-teknik-memberus.html:

Jadi apakah teknik yang betul untuk memberus gigi?

Tekniknya mudah sahaja. Tetapi sebelum memberus gigi, ada dua syarat utama yang anda perlu tahu.

Pertama : Pastikan anda menggunakan berus gigi berbulu lembut @ soft bristle
Kedua : Pastikan anda menggunakan ubat gigi yang mempunyai fluorida

Setelah menepati syarat-syarat di atas, anda telah bersedia untuk memberus gigi. Berikut merupakan teknik-teknik memberus gigi dengan betul.

TEKNIK MEMBERUS GIGI YANG BERKESAN






Kredit Gambar (No DSLR No Problem):

Cikgu Adela

No comments:

Post a Comment