Thursday 16 August 2018

KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA (BEREGU) (8 & 9 July 2018) - Minggu Ko Kurikulum


KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA (BEREGU)




Bersempena dengan Minggu Kokurikulum,  Sk Datong telah menganjurkan kejohanan badminton bagi mencungkil bakat murid-murid Sk Datong dalam permainan badminton. Pada masa yang sama, kejohanan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk mendidik dan melahirkan generasi yang membudayakan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti-aktiviti fizikal.

Bangunan kelas tahun 4 yang separuh siap dibina diubahsuai menjadi gelanggan kejohanan badminton


Memandangkan pihak sekolah tidak mempunyai kemudahan gelanggang badminton, pihak sekolah telah mengambil alternatif dengan menggunakan kemudahan sedia ada iaitu mengubah suai  kelas Tahun Empat menjadi gelanggang badminton sepanjang kejohanan.

Cikgu Ackley dan Cikgu Nazrin sedang memasang jaring dibantu oleh beberapa orang murid yang lain.


Seorang guru terpaksa memanjat tembok dinding untuk memastikan tiang  net berdiri dengan kukuh



Arang kayu digunakan untuk membuat garisan pada lantai konkrit


Meskipun berhadapan dengan fasiliti yang serba kekurangan, ianya tidak sedikitpun menghalang minat dan semangat warga sekolah untuk melibatkan diri dalam kejohanan ini. Seramai 12 pasukan beregu yang telah bersaing untuk merebut gelaran dalam kejohanan ini. Pasukan ini terdiri daripada murid-murid, guru-guru, anggota kakitangan pelaksana, pengawal keselamatan dan juga petugas pembersihan.

Perbincangan taktikal pra-perlawanan dalam usaha mengejar gelaran juara


Kejohanan yang berlangsung selama dua hari ini sarat dengan aksi-aksi menarik dan memukau yang dipamerkan oleh masing-masing pasukan. Sistem kejohanan yang menggunakan format kalah mati ini menyaksikan pasangan beregu Pn Haznidah dan adik Lauratera dinobatkan sebagai johan setelah berhempas pulas menewaskan pasangan Cikgu Rosainie dan adik Nasmiezan dalam saingan
sengit pada pusingan akhir. Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasangan beregu Cikgu Melissa dan adik Saidatul setelah menewaskan pasangan beregu Encik Hamdan dan adik Hasmal dalam saingan penentuan tempat ketiga.

Perlawanan separuh akhir


Seorang pemain sedang memperkemas grip raketnya bagi memastikan pukulan-pukulan kemas dapat dilakukan bagi memenangi perlawanan

Para penonton memenuhi ruangan tingkap bangunan bagi menyaksikan serta memberi sokongan kepada pasukan-pasukan pilihan mereka.


Hadiah kepada para pemenang disampaikan dan disempurnakan oleh Cikgu Jim Mono, Pen. Kanan Hal Ehwal Murid Sk Datong semasa perhimpunan mingguan yang dilaksanakan pada minggu berikutnya iaitu pada 13 Ogos 2018.

Johan - Pn Haznidah & Adik Lauratera


Naib Johan - Cikgu Rosainie & Adik Narmiezan


Tempat Ketiga - Cikgu Melissa & Adik Saidatul

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Unit Kokurikulum yang telah berjaya menganjurkan kejohanan seumpama ini. Ucapan terima kasih tidak terhingga buat barisan pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah, murid-murid serta SELURUH WARGA SK DATONG atas sokongan dan kerjasama dalam penganjuran kejohanan ini.

Berjumpa lagi di program seterusnya. Chaiyooooooo
#teamdatong#1team1dream 

Sumber gambar:
Cikgu Jun
Cikgu Melissa
Cikgu Rosainie



No comments:

Post a Comment