Monday 3 September 2018

KEJOHANAN BOLA TAMPAR SK DATONG 2018





Pada 28 dan 29 Ogos yang lalu, Unit Kokurikulum telah menganjurkan Kejohanan Bola Tampar peringkat Sk Datong yang merupakan salah satu pengisian dalam program Minggu KoKurikulum Sk Datong Tahun 2018. Kejohanan ini telah dilaksanakan bermula pada jam 2.00 petang sehingga jam 5.00 petang bertempat di gelanggang bola tampar Sk Datong. Terdapat lapan pasukan yang telah bertanding dalam kejohanan ini yang mana ahlinya terdiri daripada campuran para guru, murid-murid, pengawal keselamatan dan juga petugas pembersihan. 

Kejohanan yang menggunakan sistem double knockout ini memperlihat kesungguhan dan juga semangat setiap pasukan memperagakan aksi permainan terbaik bagi mengelak daripada tersingkir di peringkat awal. Terbukti bahawa kemahiran individu bukanlah segala-galanya yang diperlukan dalam memenangi permainan ini melainkan ianya perlu dilengkapi dengan kerjasama serta persefahaman antara ahli pasukan untuk menjadi pasukan bola tampar yang berdaya saing.

Akur dengan adat perlawanan ada yang kalah ada yang menang,  sebahagian pasukan terpaksa menamatkan pemburuan gelaran di peringkat awal, sebahagian tewas di pertengahan dan ada pasukan yang tingal selangkah lagi merebut gelaran namun tersungkur juga apabila terpaksa memberi laluan kepada pasukan yang lebih hebat untuk menjuarai kejohanan. Menariknya di Sk Datong, pada akhirnya, semua adalah pemenang. Kejuaraan diraih bersama, kepuasan dikongsi bersama. Semua bergembira dan berhibur. Kalah dan menang hanyalah sebahagian kecil dalam pertandingan. Perkara yang lebih mustahak bagi Sk Datong ialah keupayaan  membina semangat juang, muafakat dan kerjasama dalam menjayakan sebarang program, kerana tidak ada pasukan-pasukan di Sk Datong, yang ada hanyalah pasukan Sk Datong dengan laungan semangatnya Team Datong, 1 Team 1 Dream.


Berikut merupakan aksi-aksi yang sempat dikongsikan dalam bentuk gambar untuk sajian para pengunjung blog Sk Datong, Imu Budaya Hidup. Selamat menikmati. 😄










Penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah disempurnakan oleh Cikgu Jim Mono, Pen Kanan Hal Ehwal Murid pada 03 September 2018 semasa perhimpunan mingguan Sk Datong.













Pembahagian hadiah kemenangan



Cikgu Rosainie mengagihkan hadiah kepada salah seorang murid yang bermain dalam pasukannya.


Tahniah kepada para pemenang, syabas Sk Datong atas kerjasama padu dalam menjayakan aktiviti Kokurikulum Sk Datong.


for more action, please click any picture to enlarge:


No comments:

Post a Comment