03 Oktober 2018: Pada pagi ini, Sk Datong telah menerima kunjungan daripada En Abdul Razak bin Makin, Pegawai Meja, Unit Perolehan dan Pengurusan Aset PPD Pitas. Berikutan itu, pihak SK Datong ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau atas kesudian melawat serta memberi khidmat bantu khususnya dalam pengurusan aset alih kerajaan dan juga pengurusan stor. Perkongsian ilmu yang beliau bawakan sangat bermanfaat dalam memastikan pengurusan aset alih dan pengurusan stor di sekolah ini dapat dilaksanakan dengan baik selaras dengan pekeliling 1PP terkini.
Syabas diucapkan kepada warga Sk Datong khususnya JKPAK dan JKP Stor sekolah ini atas kerjasama, komitmen dan kesungguhan menjalankan amanah yang diberi selama ini. Semoga pengurusan aset alih kerajaan dan pengurusan stor sekolah ini akan terus bertambah mantap dari semasa ke semasa melalui proses bimbingan dan khidmat bantu yang berterusan daripada pihak PPD.
Sebahagian tugas Pegawai Aset iaitu sentiasa mengemaskini rekod pendaftaran aset berdasarkan keadaan semasa aset alih kerajaan. |
Pemeriksaan aset alih secara berkala akan dilakukan oleh pegawai pemeriksa agar tindakan susulan yang diperlukan dapat dibuat secara sistematik. |
Lawatan khidmat bantu oleh Encik Abdul Razak bin Makin ke sekolah ini diakhiri dengan perumusan dan juga cadangan-cadangan yang cukup membina untuk diambil tindakan oleh JKPAK dan JKP Stor sekolah ini.
Gambar kenangan sempena lawatan khidmat bantu En Abdul Razak b Makin bersama dengan JKPAK dan JKP Stor Sk Datong. |
Sekali lagi pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Abdul Razak bin Makin atas lawatan yang amat bermakna ini.
No comments:
Post a Comment