Friday 17 August 2018

PERMAINAN CATUR BIDANG KEBITARAAN SK DATONG, BENARKAH?

BITARA
Definisi: tiada taranya, hanya satu-satunya (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Sumber - http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=bitara)


"Di Daerah Pitas, catur merupakan sukan kebitaraan Sk Datong" merupakan satu kenyataan yang keluar dari mulut salah seorang Pegawai Teknik (PT) Catur Daerah pada kejohanan catur peringkat daerah Pitas baru-baru ini. Terharu dengan kenyataan tersebut, penulis cuba menghadam dan menaakul perkataan "BITARA" serta mengaitkannya dengan catur Sk Datong.  Melihat semula definisi perkataan "bitara", penulis berpendapat bahawa kenyataan itu merupakan satu pengiktirafan yang harus dibanggakan dan dipertahankan oleh Kelab Catur  Sk Datong.  Atas kapasiti bagaimanakah seorang PT Catur Daerah mengiktiraf Sk Datong dengan gelaran sedemikian? Untuk menjawab persoalan ini, entri pada kali ini akan cuba merungkaikan serba sedikit pencapaian Kelab Catur Sk Datong  dalam setiap kejohanan catur yang mereka sertai selama ini.


Sebelum melangkah jauh, marilah kita sama-sama kenali serba ringkas Kelab Catur Sk Datong.



  • Kelab Catur Sk Datong telah mula diperkenalkan sejak  Tahun 2011. Pada tahun ini, kelab ini belum dapat menyertai sebarang kejohanan disebabkan oleh beberapa kekangan.
  • Catur merupakan salah satu kegiatan Kokurikulum dalam bidang sukan dan permainan Sk Datong sejak penubuhannya pada Tahun 2011.
  • Kelab Catur Sk Datong mula bergiat aktif dalam penglibatan kejohanan peringkat daerah sejak Tahun 2012, setahun selepas penubuhannya.
  • Kelab Catur  Sk Datong berjaya menjadi JOHAN buat pertama kalinya dalam kejohanan catur peringkat Daerah Pitas pada Tahun 2014.
  • Kelab Catur Sk Datong mempunyai purata keahlian seramai lebih kurang 30 orang murid pada setiap tahun yang terdiri daripada murid-murid  Tahap Dua.
Barisan Ahli Kelab Catur Sk Datong yang sedia bertanding dalam sebarang kejohanan pada Tahun 2018

Penglibatan pertama Kelab Catur Sk Datong ke dalam kejohanan peringkat daerah pada Tahun 2012 merupakan titik tolak kepada perkembangan dan pembangunan kelab catur di sekolah ini. Permainan catur semakin mendapat tumpuan dan pengaruh dalam kalangan warga sekolah apabila kelab ini buat julung kalinya muncul sebagai Johan dalam kejohanan catur peringkat daerah Pitas pada Tahun 2014.

Melihat bahawa kelab catur Sk Datong berpotensi menyediakan peluang yang baik untuk maju ke hadapan, semakin ramai murid yang berminat melibatkan diri dalam permainan ini. Di bawah bimbingan jurulatih-jurulatih yang terdiri daripada para guru dan AKP Sk Datong, murid-murid dilatih dengan kemahiran asas serta pelbagai strategi  dalam permainan catur. Sesi latihan diadakan dengan lebih intensif yang mana sesi latihannya kadang-kadang boleh berlarutan sehingga ke waktu malam. Pemilihan peserta bagi mewakili sekolah ke setiap kejohanan juga dilaksanakan dengan sangat teliti bagi memastikan murid-murid yang dipilih benar-benar layak.

Kejohanan catur peringkat sekolah dijalankan bagi memilih peserta yang layak
bertandingan di peringkat seterusnya.


Atas sokongan tidak berbelah bahagi dari pihak sekolah dan ibu bapa, lahirlah Kelab Catur Sk Datong yang hebat dan disegani oleh kelab catur dari sekolah-sekolah lain dalam daerah ini. Kehebatan Kelab Catur Sk Datong dapat dibuktikan dengan melihat kepada pencapaian-pencapaian yang telah berjaya dicapai.  Berikut merupakan pencapaian-pencapaian Kelab Catur Sk datong sejak ia ditubuhkan;

1. JOHAN - Kejohanan Catur Peringkat Daerah Pitas, Tahun 2014 (Tmpt: SK Kanibongan)
  • Empat orang murid Sk Datong terpilih untuk mewakili daerah Pitas ke peringkat Pantai Barat Utara (PBU)

2. JOHAN - Kejohanan Catur Peringkat Daerah Pitas, Tahun 2016 (Tmpt: SK Pinggan-Pinggan)
  • Empat orang murid Sk Datong terpilih untuk mewakili daerah Pitas ke peringkat Pantai Barat Utara (PBU)
3. JOHAN - Kejohanan Catur Peringkat Daerah Pitas, Tahun 2017 (Tmpt: SK Telaga)
  • Empat orang murid Sk Datong terpilih untuk mewakili daerah Pitas ke peringkat Pantai Barat Utara (PBU)
Kelab Catur Sk Datong Johan dalam Kejohanan Catur Peringkat Daerah Pitas, 2017



Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Catur Peringkat Daerah Pitas, 2017
SMK Telaga

Pn Haznidah (JU Catur) bergambar bersama dengan empat orang murid Sk Datong yang bertanding di peringkat PBU pada Tahun 2017.



4. JOHAN - Kejohanan Catur Peringkat Daerah Pitas, Tahun 2018 (Tmpt: SK Kanibongan)
  • Peserta lelaki terbaik
  • Peserta perempuan terbaik
  • Lima orang murid Sk Datong terpilih untuk mewakili daerah Pitas ke peringkat Pantai Barat Utara (PBU)
  • Dua orang murid Sk Datong layak ke kejohanan catur peringkat Negeri Sabah
Biarpun bertubuh kecil namun di jiwa kami berkobar semangat Sang Juara.
Johan dalam Kejohan Catur Peringkat Daerah Pitas, 2018
Empat peserta perempuan Kelab Catur Sk Datong mendominasi  meja hadapan sepanjang kejohanan.
Adik Willenda Elena Sapanish (kiri) dinobatkan sebagai peserta perempuan terbaik.


Adik Daniel Berni (kiri) telah mendominasikan meja hadapan sepanjang kejohanan
seterusnya menobatkan beliau sebagai peserta lelaki terbaik dalam kejohanan ini.



Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Catur Peringkat Daerah Pitas, 2018
SMK Kanibongan

Dari kiri: Willenda, Jennifer, Pn Haznidah (JU), Nurul saidatul, Lauratera, Daniel

Pn Haznidah bersama dengan murid-murid Sk Datong yang bertanding
di peringkat Pantai Barat Utara (PBU)



Pn Haznidah bersama dengan adik Jennifer (kiri) dan adik Lauratera (kanan)
yang bertanding dalam kejohanan catur peringkat negeri.



Team PBU ke peringkat negeri.


Adik Jennifer bertanding di peringkat negeri.


Kejayaan-kejayaan tersebut tidaklah datang bergolek begitu sahaja melainkan ia merupakan hasil  usaha gigih yang tidak pernah mengenal erti jemu bagi melahirkan pemain-pemain catur yang kompeten. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga Sk Datong atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Syabas kepada jurulatih-jurulatih catur sekolah istimewa sekali buat Jurulatih Utama yang cukup berpengalaman, Puan Haznidah Hatimin yang begitu  komited menjalankan tanggungjawabnya dalam memastikan Kelab Catur Sk Datong menjadi satu pasukan hebat seperti yang ada sekarang ini.

PN HAZNIDAH HATIMIN
JU CATUR SK DATONG
Bekas pemain catur peringkat kebangsaan sebanyak dua kali.

Sebagai kesimpulannya, sekali lagi diucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pentadbir Sk Datong yang diketuai oleh En Henry Masampai selaku Guru Besar, barisan pentadbir sekolah yang komited, guru-guru, staff, ibu bapa dan seluruh warga Sk Datong atas sokongan dan kerjasama yang diberikan tidak kira dari segi doa, masa, tenaga mahupun wang ringgit sehinggakan Kelab Catur Sk Datong terus membangun dan berkembang. Hebatnya Kelab Catur Sk Datong adalah hasil daripada berkat muafakat dan kerjasama seluruh warga kerja Sk Datong. Semoga ikatan silaturahim yang terbina indah dan ikhlas ini sentiasa terpelihara dan berkekalan. Team Datong, 1team1dream

One Team One Dream. Tulang belakang kejayaan Kelab Catur Sk Datong

Akhir kata, berbalik pada persoalan awal, benarkah di Daerah Pitas permainan catur merupakan bidangan kebitaraan Sk Datong? Tepuk dada, tanya minda, jawapannya terserah pada penilaian kita masing-masing. Bagi warga Sk Datong, perjalanan masih jauh, cabaran dan dugaan di hadapan penuh dengan ketidakpastian, namun apa yang pasti, Sk Datong komited berganding bahu melakukan sehabis baik dalam mencapai kejayaan tidak  kira dalam bidang akademik mahupun bukan akademik  demi melahirkan generasi yang unggul dan berguna kepada masyarakat.

Terima kasih atas kesudian meluangkan masa bersama kami di blog Sk Datong, Ilmu Budaya Hidup. Semoga hari-hari anda dihiasi dengan senyuman kegembiraan.

Kredit Gambar:
Pn Haznidah
Cikgu Ackley
Cikgu Adela
Group Telegram Chess Pitas


No comments:

Post a Comment