Thursday 16 August 2018

Pelancaran Bulan Kebangsaan SK Datong 2018

SAYANGI MALAYSIAKU

Sekolah Kebangsaan Datong Pitas telah mengadakan Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan pada 6 Ogos 2018. Sambutan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu rasmi iaitu Lagu Negaraku dan lafaz ikrar oleh ketua pengawas. Majlis sambutan kemerdekaan diteruskan dengan  ucapan oleh Tuan Guru Besar, En.Henry Masampai dan diiringi dengan paluan kompang.



Perhimpunan pagi sempena pelancaran Bulan Kebangsaan 2018
          

Murid-murid bersama warga sekolah mengibarkan Jalur Gemilang  sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti Tanggal 31  dan Jalur Gemilang. Murid-murid kelihatan gembira dan bangga di kala mendengar lagu berkumandang di udara. Perasaan kasih dan cintakan negara tertanam dalam jiwa murid-murid. Warga sekolah juga turut membuat persediaan Bulan Kebangsaan dengan  mengibarkan Jalur Gemilang di persekitaran kawasan sekolah.

Wajah-wajah gembira anak-anak cerdik SK Datong,Pitas.



Aktiviti sekolah mengibarkan bendera Jalur Gemilang sebanyak yang mungkin di persekitaran sekolah.

Beberapa pertandingan akan dijalankan sepanjang bulan kebangsaan ini termasuklah pertandingan kuiz sejarah dan membaca sajak kemerdekaan bagi Tahap 2, pertandingan mewarna bertemakan kemerdekaan bagi prasekolah dan Tahap 1.  Tayangan dokumentari “Perjuangan Mendapatkan Kemerdekaan” juga akan ditayangkan. Melalui tayangan ini, murid-murid akan mengetahui sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air.
       
Akhir kata aktiviti seperti ini mesti diadakan setiap tahun agar jati diri setiap warga negara Malaysia sentiasa terukir dalam jiwa warga sekolah. Kibarkan Jalur Gemilang di seluruh kawasan bagi melambangkan semangat cintakan tanah air. “Sayangi Malaysiaku”


No comments:

Post a Comment