Sebagai langkah persiapan menghadapi Kejohanan Olahraga Tahunan MSSS Zon 4 yang akan berlangsung pada 7 & 8 November 2018 bertempat di padang SAFODA Kg Bongkol, sekali lagi pihak sekolah di bawah unit Kokurikulum telah duduk semeja bersama dengan semua guru serta staff Sk Datong bagi membentuk jawatankuasa yang akan bertindak dalam persiapan dan pengurusan
team Sk Datong dalam kejohanan tersebut. Berikut merupakan jawatankuasa yang telah dibentuk hasil daripada perbincangan tersebut.
Sejurus jawatankuasa berjaya dibentuk, latihan sukan secara intensif telah dirancang dan dilaksanakan secara bekerjasama oleh para jurulatih yang terdiri daripada guru-guru Sk Datong. Latihan sukan didahului dengan taklimat yang telah disampaikan oleh para jurulatih kepada para atlet sekolah yang mana taklimat tersebut merangkumi beberapa aspek termasuklah matlamat latihan, bentuk latihan, keselamatan, disiplin, pembahagian tugas dan beberapa aspek yang lain.
Berikut merupakan aksi-aksi yang sempat didokumentasikan sepanjang latihan sukanbermula pada 29 Oktober - 5 November 2018.
|
Sesi pemanasan badan |
|
Aktiviti regangan |
|
Latihan Perbarisan |
|
Latihan Lompat Jauh |
|
Latihan Lompat Tinggi |
|
Latihan Lontar Peluru |
|
Latihan Acara Balapan |
|
Latihan Tarian |
|
Latihan Persembahan Nyanyian |
|
En Henry Masampai, Guru Besar (paling kanan) turun padang bagi meninjau perjalanan sesi latihan sukan |
Sejurus sesi latihan telah selesai pada pada hari terakhir latihan, para atlet sekali lagi telah dikumpul untuk diberikan amanat penting oleh Cik Junainah Gaine, PK Kokum selaku Pengurus Pasukan bagi memastikan para atlet sentiasa mempunyai fokus dan bersedia menyahut cabaran yang bakal dihadapi.
|
Sesi taklimat oleh Cik Junainah Gaine |
Para jurulatih juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam sesi latihan sukan pada tahun ini. Semoga apa yang telah diusahakan bersungguh-sungguh dapat membuahkan hasil yang positif. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat kontinjen Sk Datong.
No comments:
Post a Comment