Tuesday 28 August 2018

KUNJUNGAN KASIH





Pada tanggal 16 Jun 2017 bersamaan hari jumaat, Unit Bimbingan Kaunseling Sk Datong telah membuat kunjungan ke rumah keluarga murid sekolah di sekitar Kg Datong. Program ini telah dilaksanakan bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim antara pihak sekolah dengan ibu bapa sekaligus ianya merupakan  inisiatif sekolah bagi menyelami dan memahami keadaan hidup keluarga sebahagian murid-murid sekolah ini. Memandangkan kunjungan ini dilaksanakan pada waktu persekolahan, tidak semua guru sempat menyertai kunjungan ini atas faktor komitmen dalam bilik darjah.

Cikgu Jim Mono selaku Penolong Kanan HEM bagi mewakili En Henry Masampai (Guru Besar) yang  sedang mengikuti mesyuarat rasmi di luar telah mengetuai rombongan Sk Datong dalam program ini. Turut bersama beliau ialah Cikgu Nazrin Shah, Cikgu Melissa dan Cikgu Ackley. Rombongan Sk Datong telah bertolak dari sekolah kira-kira jam 9.00 pagi untuk berkunjung ke rumah pertama iaitu tempat kediaman adik Irwansyah. Kehadiran rombongan ini disambut baik oleh ayahanda kepada adik Irwansyah iaitu En Abdul Sani dan isterinya.


Cikgu Melissa antara yang menyertai program kunjungan ini baharu tiba di destinasi
kunjungan pertama iaitu rumah kediaman En Abdul Sani


Cikgu Jim Mono menyerahkan buah tangan kepada En Abdul Sani (ayah kepada adik Irwansyah)


Doa selamat oleh En Abdul Sani


Rombongan pengunjung bergambar bersama dengan En Abdul Sani dan isterinya

Selesai kunjungan di rumah pertama

Sejurus selepas itu, rombongan ini telah meneruskan kunjungan ke rumah kediaman adik Nafiatul Fitri dan adik Shawalanafitra yang terletak tidak berapa jauh dari sekolah. Ketibaan rombongan ini  disambut mesra oleh En Lani (datuk) berserta isterinya. 

Cikgu Jim Mono melangkah dengan berhati-hati ketika menaiki tangga rumah kediaman En Lani



Para rombongan bergambar bersama dengan keluarga En Lani

En Lani memerhatikan rombongan Sk Datong kembali menuju ke sekolah
setelah selesai mengunjungi beliau.

Dari kiri: Cikgu Jim Mono, Cikgu Melissa, Cikgu Nazrin, Cikgu Ackley (Photographer)
Senyuman manis terukir di wajah para pengunjung setelah berjaya mengunjungi dua kediaman
murid Sk Datong .

Tahniah diucapkan kepada warga Sk Datong atas kejayaan melaksanakan program ini. Semoga kunjungan yang dilakukan pada kali ini serba sedikit membawa berkah kepada pihak pengunjung dan juga pihak yang dikunjungi. 


Kredit gambar:
Cikgu Ackley



No comments:

Post a Comment