Thursday 25 October 2018

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK DATONG, 2018


Kejohanan Sukan Tahunan Sk Datong pada tahun ini berlangsung pada 17 & 18 Oktober 2018. Kejohanan ini merupakan salah satu program tahunan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi melihat potensi murid dalam bidang sukan seterusnya bertindak sebagai medium untuk memilih murid-murid yang berkemampuan bagi mewakili sekolah dalam Kejohanan Olahraga peringkat zon. 

Oleh yang demikian, dalam menjayakan  kejohanan sukan pada tahun ini, jawatankuasa khas telah dibentuk melalui mesyuarat kokurikulum sekolah bagi memastikan kejohanan dapat dilaksanakan dengan lancar. Antara aspek yang telah diberi perhatian termasuklah persiapan sebelum, semasa dan selepas program. Berikut merupakan gambaran suasana sepanjang pengelolaan Kejohanan Sukan Tahunan Sk Datong, Tahun 2018.


SEBELUM

Persediaan padang merupakan antara perkara paling utama yang harus diambilkira dalam memastikan semua acara dapat dilaksanakan dengan lancar semasa kejohanan berlangsung kelak. Pada tahun ini, persediaan padang dilakukan seminggu lebih awal secara bergotong-royong yang melibatkan semua warga sekolah. Persediaan ini termasuklah membersihkan padang, mengukur dan menggaris trek, penyediaan arena acara padang serta pemilihan atlet oleh setiap rumah sukan yang bertanding.

KERJA-KERJA PERSIAPAN PADANG



JK Teknikal Padang yang diketuai oleh Cikg Nurbin Siajah dan dibantu oleh petugas pembersihan sedang melakukan tugas-tugas pengukuran padang.






Murid-murid membantu dalam tugasan menggaris padang






Arena lompat jauh ditambahbaik dengan menggantikan pasir yang lama dengan pasir baharu yang lebih halus







Arena lontar peluru juga dinaiktaraf dengan menyediakan bulatan zon lontaran yang  berbentuk konkrit




Antara murid-murid Tahun 6 yang bertugas sebaga Ko-Perkhidmatan sepanjang kejohanan sukan tahun ini.



LATIHAN SUKAN DAN PEMILIHAN ATLET OLEH SETIAP RUMAH SUKAN

Latihan perbarisan Rumah Merah


Latihan perbarisan Rumah Biru


Latihan perbarisan Rumah Kuning



Pemilihan  atlet larian oleh setiap rumah sukan



Murid-murid sedang duduk menunggu giliran untuk melontar peluru dalam proses pemilihan atlet lontar peluru Rumah Biru



Kumpulan Penari Momoland menjalankan latihan tarian yang bakal mereka persembahkan semasa perasmian sukan


Setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga Sk Datong atas semangat kerjasama yang diberikan sehingga tugas-tugas persiapan padang berjaya diselesaikan sebelum kejohanan berlangsung.


SEMASA KEJOHANAN

Acara yang telah dipertandingkan sepanjang kejohanan sukan ini ialah:

100 meter L/P
200 meter L/P
80 meter berhalangan L/P
4 x 100 meter L/P
4 x 200 meter L/P
Lompat Jauh L/P
Lompat Tinggi L/P
Lontar Peluru L/P
50 meter Prasekolah

Tugasan yang banyak dengan bilangan guru yang terhad menyebabkan dokumentasi gambar untuk beberapa acara tidak sempat diambil. Walau bagaimanapun, berikut merupakan aksi-aksi yang sempat dirakam sepanjang kejohanan berlangsung.





Aksi-aksi lompatan yang sempat dirakam di arena lompat tinggi




80 Meter Lari Berhalangan Saringan 2 kategori perempuan

Akhir 100 Meter kategori lelaki

Akhir 100 Meter kategori perempuan




4 x 100 Meter acara terbuka kategori perempuan


4 x 100 Meter acara terbuka kategori lelaki



MAJLIS PERASMIAN SUKAN TAHUNAN SK DATONG, TAHUN 2018

Perasmian Sukan Tahunan Sk Datong, Tahun 2018 telah disempurnakan oleh Tuan Muksin b Amin, Penyelia Sukan dan Kokurilum PPD Pitas. Antara yang hadir dalam perasmian ini ialah En Henry Masampai, Guru Besar Sk Datong, Cik Junainah Gainne, PK Kokurikulum, En Nurbin Siajah, PK Pentadbiran dan En Jim Mono, PK Hem. Perasmian ini juga turut dihadiri oleh En Maldam b Abdul selaku YDP PIBG Sk Datong, bersama dengan AJK PIBG dan juga ibu bapa murid.

Upacara perasmian Sukan Tahunan Sk Datong 2018 dimulakan dengan acara Perbarisan Lintas Hormat oleh setiap kontinjen yang telah mengambil bahagian.




Persiapan Perbarisan Lintas Hormat oleh setiap kontinjen


Kontinjen Rumah Kuning
Motto: Menjunjung titah, lawan tetap lawan


Kontinjen Rumah Merah
Motto: Pantang Mundur, Kejayaan Diburu


Kontinjen Rumah Biru
Motto: Pen merah pen biru, jangan marah kami bubut, bubut biru bubut

Acara Lintas Hormat Perbarisan disusuli dengan nyanyian dua buah lagu iaitu lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku sebelum bacaa doa oleh Ustaz Mohd Akmal b Yahya. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan dari guru besar sebelum ucapan perasmian disempurnakan oleh Tuan Muksin b Amin.

Ucapan Alu aluan oleh En Henry Masampai, Guru Besar Sk Datong

Ucapan Perasmian oleh Tuan Muksin b Amin, Penyelia Sukan dan Kokurikulum PPD Pitas


Majlis diteruskan pula dengan acara Larian Obor oleh adik Daniel Bernie diikuti dengan lafaz ikrar yang diketuai oleh adik Aleeza Taseem. Lafaz ikrar disusuli pula dengan pemeriksaan perbarisan oleh perasmi.

Tuan Muksin b Amin menyalakan obor sebelum larian dilakukan oleh adik Daniel Bernie



Obor utama kejohanan akhirnya berjaya dinyalakan


Pemeriksaan perbarisan setiap kontinjen oleh perasmi


Selepas arahan "KELUAR BARIS" diberikan kepada setiap kontinjen, para pengunjung pula disajikan dengan dua buah tarian yang cukup mantap dan bertenaga dipersembahkan oleh kumpulan penari Momoland yang terdiri daripada murid-murid Tahun 6 iaitu Poldine, Daniel, Liviosvensuen, Nurul Saidatul, Audrey, Siti Rohana, Wawa Virdanei, Freccy, Aleeza dan Jeslin. Kumpulan penari ini telah dibimbing oleh Puan Rosainie Majin dan Cik Haidah Makda.


Sila klik butang play untuk melihat rakaman video persembahan oleh kumpulan
penari MOMOLAND
Rakaman oleh: Cik Haidah Makda

Kehangatan Sukan Tahunan diteruskan lagi dengan acara 4 x 200 meter L/P akhir dan acara 100 meter L/P akhir. Acara 4 x 100 meter terbuka L/P yang turut diadakan menambah seri kejohanan ini. Acara kemuncak kejohanan ini merupakan acara yang paling dinanti-nantikan iaitu acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.


ACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Acara penyampaian hadiah dimulakan dengan pemberian sijil penghargaan kepada AJK Pengelola Kejohanan bagi menghargai usaha para AJK dalam menjayakan kejohanan ini. Syabas diucapkan kepada semua AJK.

En Henry Masampai, Guru Besar SK Datong menyampaikan sijil penghargaan kepada AJK Pengelola yang diwakili oleh En Nurbin Siajah, PK Pentadbiran Sk Datong


En Maldam b Abdul, YDP PIBG Sk Datong menyampaikan hadiah kepada para pemenang




En Henry Masampai, Guru Besar SK Datong menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi acara 4 x 100 meter  terbuka, ketagori lelaki dan perempuan

Tuan Muksin menyerahkan piala kejohanan bagi Johan, Naib Johan dan Tempat ketiga keseluruhan


Penyerahan hadiah kepada olahrgawan dan olahragawati Sk Datong Tahun 2018. Tahniah diucapkan!!!

Olahragawan: Adik Irwansyah b Abdul Sani
Olahragawati: Adik Remma Rijin

Untuk melihat keseluruhan gambar acara penyampaian hadiah, sila klik disini.


Kejohanan Sukan Tahunan Sk Datong Tahun 2018 telah melabuhkan tirainya pada jam 12.30 tengahari pada 08 Oktober 2018. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga Sk Datong atas kejayaan melaksanakan program ini.


Terima kasih Ko-Perkhidmatan yang banyak membantu dalam melicinkan perjalanan kejohanan pada tahun ini.

Cikgu Junainah Gainne memastikan majlis penyampaian hadiah berjalan dengan lancar



Guru-guru Original Sabahan Sk Datong.  Jangan mengaku ..... ehhhh... 

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan kepada yang lain, teruskan usaha pada masa-masa akan datang. Semoga atlet-atlet yang terpilih dapat beraksi dengan cemerlang dalam kejohanan sukan peringkat Zon 4. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik buat Team Datong. Pihak sekolah sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat Tuan Muksin b Amin, Penyelia Sukan dan Kokurikulum PPD Pitas atas kesudian merasmikan kejohanan ini. Terima kasih diucapkan kepada warga PIBG Sk Datong yang dipengerusikan oleh En Maldam bin Abdul atas sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap penganjuran program ini. Bertemu kita di program-program yang berikutnya. Team Datong, One Team One Dream!!!


Kredit Gambar (No DSLR No Problem:

Cikgu Adela
Cikgu Floriza
Cikgu Melissa
Cikgu Tinuriah
Ustazah Haida
Ustaz Akmal
Cikgu Ackley


No comments:

Post a Comment